Friday, December 24, 2010

Cerita-ceriti : Keberkatan wang 8 dirham Rasulullah SAW

     Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W  telah keluar dari rumah di suatu pagi yang cerah.Rasulullah ingin mengganti satu-satunya pakaian baginda yang tinggal.Pakaian baginda yang tinggal itu sudah terlalu usang dan lusuh.Rasulullah memang seorang yang teramat zuhud,sedangkan baginda adalah seorang yang sangat pandai berniaga dan mampu memiliki kekayaan yang banyak.Tetapi baginda amat gemar memberi kepada orang lain dan seorang yang suka hidup beserdahana dan bersahaja (qanaah).

     Rasulullah SAW mengambil wang dari tempat simpanan,ternyata bahawa hanya terdapat wang sebanyak 8 dirham sahaja.Berbekalkan wang sebanyak 8 dirham itu rasulullah SAW menuju ke pasar untuk membeli kain yang baru.
      
      Bagaimanapun di pertengahan jalan,Baginda bertemu dengan seorang wanita yang sedang menangis.Rasulullah SAW menghampiri perempuan tersebut dan bertanya,"mengapa kamu menangis?"
   "Saya telah kehilangan wang untuk membeli makanan untuk anak-anakku",balas wanita itu dengan wajah yang sedih.
   "Ambillah dua dirham ini wang ini dan belilah makanan untuk anak-anakmu,"kata rasulullah SAW sambil menghulurkan wang dua dirham kepada wanita itu.
     "Terima kasih tuan.semoga Allah membalas budi baik tuan itu,"doa wanita itu seraya menerima wang dua dirham itu dan segera ke pasar.

       Rasulullah SAW kemudian meneruskan perjalanan baginda ke pasar.Di pasar,Rasulullah SAW memilih dan membeli pakaian yang berkenan di hatinya.Rasulullah SAW membeli sepasang baju dengan harga 4 dirham.

     Ketika dalam perjalanan pulang, Rasulullah SAW bertemu pula dengan seorang tua yang tidak berpakaian.Apabila melihat Rasullullah membawa pakaian baru,lelaki tua itu berkata,"Bolehkah tuan  berikan pakaian itu untukku yang tidak berpakaian ini?" Oleh kerana simpati,Rasulullah segera menjawab"Ambillah,tutupkan tubuhmu dengan pakaian ini."Rasulullah SAW segera memberi pakaiannya kepada lelaki tua itu dengan senang hati.

    Berbekalkan baki dua dirham,Rasulullah kembali semula ke pasar untuk membeli pakaian lain yang tidak sebaik pakaian tadi.Setelah membeli pakaian seadanya, Rasulullah SAW kembali ke rumah baginda.

      Ketika dalam perjalanan pulang sekali ;lagi baginda telah bertemu dengan wanita yang kehilangan wang itu tadi di tempat yang lain pula.Rasulullah  menghampiri dan bertanya.
    "Mengapakah kamu menangis lagi? Bukankah aku sudah  berikan kamu wang dua dirham tadi untuk membeli makanan untuk anak-anakmu?"
      "Ya tuan. Saya sudah membeli makanan untuk anak-anakku tetapi saya bimbang, majikan saya akan memarahi saya kerana datang lewat,"beritahu wanita itu yang memegang bungkusan makanan.
      "Kalau begitu,mari saya hantarkan kamu ke rumah majikan kamu.Saya akan jelaskan kepadanya mengapa kamu datang lewat,"pujuk rasulullah lalu menghantarkan wanita itu ke rumah majikannya.

      
         Sesampai sahaja Rasulullah SAW ke rumah majikan wanita itu,Baginda memberi salam tetapi tidak terjawab seolah-olah rumah itu tidak berpenghuni. Oleh kerana tidak terjawab dan rasulullah beranggapan bahawa tuan rumah itu tidak mendengarnya,baginda memberi salam sekali lagi.
      "Assalamualailum warahmatullah,"sapa Rasulullah dengan suara yang nyaring.Ucapan salamnya itu juga tidak terjawab.Kemudian Rasulullah memberikan salam yang ketiga dengan suara yang lebih nyaring. Pemberian salam yang ketiga inilah baru tuan rumah itu keluar dan menjawab salam.
     "Maafkan kami ya Rasulullah kerana tidak menjawab pemberian salam Rasulullah tadi. Kami sebenarnya terlalu bahagia apabila terdengar suara Rasulullah dan kami ingin sangat mendengarnya berkali-kali. Kami rasakan salam Rasulullah itu membawa berkat kepada kami dan kami tidak menyangka kedatangan Rasulullah ke mari," beritahu tuan rumah majikan wanita itu.
      "Terima kasih. Begini,kedatanganku ini kerana menghantarkan pembantumu ini yang sudah terlambat. Dia menangis kerana takut akan dimarahi oleh tuan. Sekiranya dia harus menerima hukuman, biarlah aku yang menaggungnya,"ujar Rasulullah kepada tuan rumah itu.
       "Mendengar ucapan rasulullah itu, tuan rumah itu berasa kagum akan kemuliaan Baginda. Dia memandang wajah Rasulullah dengan rasa terharu.
        "Ya Rasulullah, kami telah memaafkan wanita ini dan kami juga ingin membebaskannya,"ujar tuan rumah itu kepada baginda dan disambut gembira oleh perempuan itu.
       "Syukur alhamdulillah ya rasulullah.Saya amat berterima kasih kepada tuan,"kata wanita itu tadi lalu berjalan pulang ke rumahnya untuk memberikan makanan kepada anak-anaknya.

        Kemudian Rasulullah SAW pulang kerumahnya. Baginda berasa puas kerana dapat membantu mereka yang memerlukan.Baginda juga tidak menyangka dengan berkat wang lapan dirham itu,baginda dapat menggunakan dengan sebaik-baiknya dan yang lebih penting dapat membebaskan seorang wanita daripada majikannya dan dapat membantu orang yang tidak berpakaian.....


       Ya umat Muhammad, betapa indahnya pekerti baginda. Sungguh mulia akhlak baginda, sehingga Allah memuji baginda di dalam Al-quran.Apa yang baginda lalui itulah keberkatan. Sesuatu benda itu kalau diberkati amat besarlah faedahnya. Inilah namanya keberkatan. Ayuh,sama-sama kita contohi baginda, jalankan dan ikut sunnah-sunnah baginda sedaya-upaya kita.

     Di antara sunnah Baginda yang boleh kita contohi ialah:
  • Memakai wangi-wangian
  • Bersugi
  • Memulai anggota kanan apabila melakukan perkara-perkara yang bersih dan memulai anggota kiri untuk perkara-perkara sebaliknya
  • Berdoa dalam melakukan apa jua perkara
  • Sentiasa berselawat ke atas baginda SAW

dan lain-lain lagi sunnah.Sebenarnya, Rasulullah itu memang boleh dicontohi, tidak la sesusah man, cuma kena tanya hati kita. Sanggupkah hati kita berjihad dengan mengalami perubahan ke arah yang lebih mulia dan baik dengan meninggalkjan perkara2 yang kita sukai(kemaksiatan dan perkara lagha)... Tanya diri anda,, anda tanya dan anda jawab.. Carilah penyelesaian terbaik untuk diri anda. Wassalam..

Tuesday, December 21, 2010

Ilmu asas kepada segala-galanye..Knowledge is the brick of basic ...

Bertemu kembali dan bersama2 kita umat manusia yang jahil mencari kebenaran demi menjadi orang2 yang benar dan siddiqin.Hari ini kita akan membincangkan mengenai ilmu.. Kita umumnya tahu apa itu ilmu. Tapi tahukah kita apa pentingnya ilmu itu dan bagaimana mendapatkannya,pembahagian2 ilmu itu ,keutamaan sesuatu ilmu dan berbagai perkara mengenai ilmu  tidak diendah oleh kita. Lantas kita mengatakan bahawa perkara lain mengenai ilmu yang kita tidak tahu perkara itu belum dapat untuk dirungkaikan..


 

Di dalam kitab Ihya Ullumuddin karya Imam Al-Ghazali, beliau telah menyatakan bahawa perkara asas bagi  mengetahui dan menguasai sesuatu perkara adalah dengan ilmu pengetahuan.beliau mengaitkan kegunaan akal dalam mendapatkan ilmu.Dalam kitab tersebut juga beliau menyatakan pembahagian ilmu2.Ilmu merupakan perkara paling asas dalam kehidupan manusia.Bukan itu sahaja Ilmu merupakan titik tolak kemuliaan seseorang insan selain akhlak.


Ilmu (knowledge) merupakan pengetahuan atau maklumat atau ketahuan kita mengenai sesuatu perkara.Ilmu merupakan suatu perkara yang subjektif .Kita mungkin dapat merasai ilmu itu mengalir dalam diri kita. Tapi tahukah kita apa perlunya menguasai ilmu itu??
Albert Einstein (saintis genius yahudi) menyatakan bahawa "imaginasi lebih penting daripada pengetahuan"..
Hal ini amat mengjengkelkan kerana jika imaginasi tanpa ilmu maka sesatlah seseorang itu atau menemui sesuatu yang sia2.. Imaginasi itu amat hebat jika digandingkan dengan ilmu pengetahuan..
Begini,imaginasi itu merupakan satu kenderaan yang boleh membawa kita ke berbagai destinasi. Bayangkan bagaimana para saintis mampu membayangkan. rupa fizikal Dinasour,makhluk yang sudah lama pupus. Bagaiman pula dengan teori2 kemunculan bintang2 baru dan teori  Big Bang yang di reka melalui imaginasi yang di pandu oleh ilmu pengetahuan.Ilmu pula adalah pemandu kepada imaginasi.Ilmu juga adalah pemandu kepada segala-galanye dalam dunia ini.Ilmu boleh memandu nafsu.Ilmu boleh memandu kita mencari jalan kebenaran di samping menemukan kita dengan keredhaan tuhan.


Jika sesuatu perkara tanpa ilmu ,maka  perkara itu seperti debu2 berterbangan di Gurun sahara..Bayangkan kita melakukan ibadat tanpa ilmu ,pasti ibadat kita tidak diterima kerana tidak menepati syariah.Nah!! betapa pentingnya ilmu sebagai asas kepada semua perkara..


Islam,yakni agama yang benar dan paling sempurna juga menekankan ilmu sebagai aset yang paling asas dalam kehidupan ini.. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W :"Iqra, bacalah".. Nah!! satu lagi perkara yang perlu kita ambil perhatian.
Allah telah mengarahkan kita mencari ilmu pengetahuan.Asas sesuatu kehidupan manusia itu adalah agama.Asas agama adalah ilmu.Allah suruh kita mencari ilmu .. Sabda baginda :"carilah ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahad..


Akhir sekali, ilmu yang paling asas yang perlu dipelajari oleh manusia sejagat ialah ilmu agama.. ilmu agama inilah yang memandu kita menjalani kehidupan di muka bumi dengan sempurna kerana agama itu mengandungi syariat yang diberikan oleh Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.. Dalamilah ilmu islam sedalam yang boleh.. sekurang2nya belajarlah asas ilmu agama itu dan kenalilah Allah sedikit demi sedikit. Jadilah kita hamba yang bersyukur.. Hal ini kerana dalam Al-Quran menyatakan bahawa manusia yang bersyukur sangatlah sedikit..
Sehingga ada seorang sahabat yang selalu berdoa agar ditempatkan dalam kalangan orang yang sedikit.. Lalu sahabat2 lain menjadi musykil dan bertanya, mengapa tuan selalu berdoa agar dimasukkan dalam kalangan orang yang sedikit?? Sesungguhnya orang yang sedikit itulah yang paling beruntung kerana Allah pasti menempatkan mereka dalam kalangan orang2 yang muqarabin..Insyallah, semoga kita tergolong dalam golongan orang yang sedikit.. Amin..

To Be Continued.....................
(perjuangan belum berakhir,islam pasti bangkit,marilah sama-sama bangkit dan berjuang menegakkan islam)