Friday, December 24, 2010

Cerita-ceriti : Keberkatan wang 8 dirham Rasulullah SAW

     Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W  telah keluar dari rumah di suatu pagi yang cerah.Rasulullah ingin mengganti satu-satunya pakaian baginda yang tinggal.Pakaian baginda yang tinggal itu sudah terlalu usang dan lusuh.Rasulullah memang seorang yang teramat zuhud,sedangkan baginda adalah seorang yang sangat pandai berniaga dan mampu memiliki kekayaan yang banyak.Tetapi baginda amat gemar memberi kepada orang lain dan seorang yang suka hidup beserdahana dan bersahaja (qanaah).

     Rasulullah SAW mengambil wang dari tempat simpanan,ternyata bahawa hanya terdapat wang sebanyak 8 dirham sahaja.Berbekalkan wang sebanyak 8 dirham itu rasulullah SAW menuju ke pasar untuk membeli kain yang baru.
      
      Bagaimanapun di pertengahan jalan,Baginda bertemu dengan seorang wanita yang sedang menangis.Rasulullah SAW menghampiri perempuan tersebut dan bertanya,"mengapa kamu menangis?"
   "Saya telah kehilangan wang untuk membeli makanan untuk anak-anakku",balas wanita itu dengan wajah yang sedih.
   "Ambillah dua dirham ini wang ini dan belilah makanan untuk anak-anakmu,"kata rasulullah SAW sambil menghulurkan wang dua dirham kepada wanita itu.
     "Terima kasih tuan.semoga Allah membalas budi baik tuan itu,"doa wanita itu seraya menerima wang dua dirham itu dan segera ke pasar.

       Rasulullah SAW kemudian meneruskan perjalanan baginda ke pasar.Di pasar,Rasulullah SAW memilih dan membeli pakaian yang berkenan di hatinya.Rasulullah SAW membeli sepasang baju dengan harga 4 dirham.

     Ketika dalam perjalanan pulang, Rasulullah SAW bertemu pula dengan seorang tua yang tidak berpakaian.Apabila melihat Rasullullah membawa pakaian baru,lelaki tua itu berkata,"Bolehkah tuan  berikan pakaian itu untukku yang tidak berpakaian ini?" Oleh kerana simpati,Rasulullah segera menjawab"Ambillah,tutupkan tubuhmu dengan pakaian ini."Rasulullah SAW segera memberi pakaiannya kepada lelaki tua itu dengan senang hati.

    Berbekalkan baki dua dirham,Rasulullah kembali semula ke pasar untuk membeli pakaian lain yang tidak sebaik pakaian tadi.Setelah membeli pakaian seadanya, Rasulullah SAW kembali ke rumah baginda.

      Ketika dalam perjalanan pulang sekali ;lagi baginda telah bertemu dengan wanita yang kehilangan wang itu tadi di tempat yang lain pula.Rasulullah  menghampiri dan bertanya.
    "Mengapakah kamu menangis lagi? Bukankah aku sudah  berikan kamu wang dua dirham tadi untuk membeli makanan untuk anak-anakmu?"
      "Ya tuan. Saya sudah membeli makanan untuk anak-anakku tetapi saya bimbang, majikan saya akan memarahi saya kerana datang lewat,"beritahu wanita itu yang memegang bungkusan makanan.
      "Kalau begitu,mari saya hantarkan kamu ke rumah majikan kamu.Saya akan jelaskan kepadanya mengapa kamu datang lewat,"pujuk rasulullah lalu menghantarkan wanita itu ke rumah majikannya.

      
         Sesampai sahaja Rasulullah SAW ke rumah majikan wanita itu,Baginda memberi salam tetapi tidak terjawab seolah-olah rumah itu tidak berpenghuni. Oleh kerana tidak terjawab dan rasulullah beranggapan bahawa tuan rumah itu tidak mendengarnya,baginda memberi salam sekali lagi.
      "Assalamualailum warahmatullah,"sapa Rasulullah dengan suara yang nyaring.Ucapan salamnya itu juga tidak terjawab.Kemudian Rasulullah memberikan salam yang ketiga dengan suara yang lebih nyaring. Pemberian salam yang ketiga inilah baru tuan rumah itu keluar dan menjawab salam.
     "Maafkan kami ya Rasulullah kerana tidak menjawab pemberian salam Rasulullah tadi. Kami sebenarnya terlalu bahagia apabila terdengar suara Rasulullah dan kami ingin sangat mendengarnya berkali-kali. Kami rasakan salam Rasulullah itu membawa berkat kepada kami dan kami tidak menyangka kedatangan Rasulullah ke mari," beritahu tuan rumah majikan wanita itu.
      "Terima kasih. Begini,kedatanganku ini kerana menghantarkan pembantumu ini yang sudah terlambat. Dia menangis kerana takut akan dimarahi oleh tuan. Sekiranya dia harus menerima hukuman, biarlah aku yang menaggungnya,"ujar Rasulullah kepada tuan rumah itu.
       "Mendengar ucapan rasulullah itu, tuan rumah itu berasa kagum akan kemuliaan Baginda. Dia memandang wajah Rasulullah dengan rasa terharu.
        "Ya Rasulullah, kami telah memaafkan wanita ini dan kami juga ingin membebaskannya,"ujar tuan rumah itu kepada baginda dan disambut gembira oleh perempuan itu.
       "Syukur alhamdulillah ya rasulullah.Saya amat berterima kasih kepada tuan,"kata wanita itu tadi lalu berjalan pulang ke rumahnya untuk memberikan makanan kepada anak-anaknya.

        Kemudian Rasulullah SAW pulang kerumahnya. Baginda berasa puas kerana dapat membantu mereka yang memerlukan.Baginda juga tidak menyangka dengan berkat wang lapan dirham itu,baginda dapat menggunakan dengan sebaik-baiknya dan yang lebih penting dapat membebaskan seorang wanita daripada majikannya dan dapat membantu orang yang tidak berpakaian.....


       Ya umat Muhammad, betapa indahnya pekerti baginda. Sungguh mulia akhlak baginda, sehingga Allah memuji baginda di dalam Al-quran.Apa yang baginda lalui itulah keberkatan. Sesuatu benda itu kalau diberkati amat besarlah faedahnya. Inilah namanya keberkatan. Ayuh,sama-sama kita contohi baginda, jalankan dan ikut sunnah-sunnah baginda sedaya-upaya kita.

     Di antara sunnah Baginda yang boleh kita contohi ialah:
  • Memakai wangi-wangian
  • Bersugi
  • Memulai anggota kanan apabila melakukan perkara-perkara yang bersih dan memulai anggota kiri untuk perkara-perkara sebaliknya
  • Berdoa dalam melakukan apa jua perkara
  • Sentiasa berselawat ke atas baginda SAW

dan lain-lain lagi sunnah.Sebenarnya, Rasulullah itu memang boleh dicontohi, tidak la sesusah man, cuma kena tanya hati kita. Sanggupkah hati kita berjihad dengan mengalami perubahan ke arah yang lebih mulia dan baik dengan meninggalkjan perkara2 yang kita sukai(kemaksiatan dan perkara lagha)... Tanya diri anda,, anda tanya dan anda jawab.. Carilah penyelesaian terbaik untuk diri anda. Wassalam..

No comments:

Post a Comment